Tuesday, 27 December 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum..

Syukur al-Hamdulillah tahun 2011 dilalui dengan jayanya..Dan dalam masa beberapa hari lagi untuk menempuh tahun 2012,mari kita sama-sama berdoa agar kita terselamat dari segala bencana bagi hari-hari yang kita lalui dan mendatang. Insya Allah...

Semoga kita akan lebih berjaya mencapai azam-azam yang dah di'list'kan dan semoga negara kita Malaysia akan lebih berjaya dan makmur. Selamat Menyambut Tahun 2012! Selamat kembali ke sekolah!

Wednesday, 9 November 2011

Selamat Pengantin Baru!

Assalamualaikum w.b.t.

Cuti sekolah dah semakin dekat. Itu menandakan banyak majlis walimatul urus akan dilangsungkan. Bagi pihak Perkasa Homestay kami mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru! Terima kasih kepada yang sudi mengundang dan menjadikan Perkasa Homestay sebagai tempat penginapan. Kami sedaya upaya akan memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir.

Tak lupa juga kepada pelajar2 UiTM Segamat yang akan mendaftar pada 16 Nov 2011. Tahniah diucapkan.

Semoga perjalanan anda selamat dan kami mengucapkan Selamat Datang Ke Segamat!

Tuesday, 13 September 2011

Terima Kasih & Tahniah!

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Sepanjang musim cuti hari raya yang lalu, ramai pengunjung datang ke Perkasa Homestay sama ada untuk majlis nikah, perkahwinan, melawat sanak saudara dan ramai juga yang menghantar anak-anak daftar masuk ke UiTM Segamat.

Pihak kami telah berbesar hati menaik tarafkan keselesaan homestay agar para pengunjung kami rasa lebih seperti berada di rumah sendiri. Kami memgucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada anak-anak yang dapat melanjutkan pelajaran.


Salam berjumpa lagi!

Wednesday, 3 August 2011

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak!

Semoga kita mendapat keberkatan dariNya. Dan semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna dari tahun-tahun yang berlalu.

Wednesday, 29 June 2011

Jom Makan Durian Segamat!





Kalau datang Segamat, memang rugi kalau tak rasa durian Segamat. Cari je gerai-gerai durian kat area Pekan Jabi (Jln Segamat-Gemas). Dan jangan lupa tawar menawar.




Ada macam-macam jenis durian. Tp 101 (ioi) ni yang paling sedap. Isinya kuning kemerahan. Rasanya tak berapa manis dan sedikit pahit. Pekat dan tebal isinya. Dalam sebiji biasanya ada 6-10 ulas (bergantung pada saiz). Harga sekilo lebih kurang RM12 - RM 15. Memang sedap! Tapi bergantung juga la pada citarasa masing-masing.


Durian Kampung


Durian 101

Durian 101

















Durian D18
Durian D24

Tuesday, 7 June 2011

Tempat Menarik di Segamat - Sungai Bantang, Bekok

Air Terjun Sungai Bantang
Bekok, Segamat



Sungai Bantang Bekok terletak kira-kira lebih kurang 50 km dari bandar Segamat. Ia di bawah seliaan Jabatan Hutan Negeri Johor. Dengan hanya pemanduan kira-kira 1 jam dari bandar Segamat, anda akan dapat menikmati keindahan alam dan kesejukan air di Hutan Lipur ini.












Di kaki sungai









Atas gunung


Jangan lepaskan peluang untuk bermandi manda di sini jika anda berkunjung ke Segamat. Masuk adalah percuma!!

Macamana nak g sana???? Pandu terus dari bandar Segamat ke arah selatan (lebih kurang 40km). Belok ke kiri dan teruskan pemanduan hingga pekan Bekok (lebih kurang 11km). Belok ke kiri dan teruskan perjalanan lebih kurang 6km. Air Terjun Sg. Bantang di sebelah kiri anda.

Selamat bercuti!!

Harga Dan Tempahan

Kadar Harga 

Ahad - Khamis               RM 150/malam
                                       RM 130 jika lebih dari sehari semalam

Jumaat dan Sabtu           RM 150/malam


Cuti Sekolah dan Cuti Umum  

Ahad - Khamis              RM 150/malam
                                      RM 130 jika lebih dari sehari semalam

Jumaat dan Sabtu          RM 170/malam


Cuti Sekolah

12 Mac - 20 Mac

28 Mei - 12 Jun

27 Ogos - 4 September

19 November - 1 Januari 2012


Cuti Umum


4 Jun (Sabtu) - Harijadi Agong

1 Ogos (Isnin) - Awal Muharam

*30 & 31 ogos (Selasa & Rabu)
                  atau                                         - Hari Raya Aidilfitri
*31 Ogos & 1 Sept (Rabu & Khamis)

31 Ogos (Rabu) - Hari Kebangsaan

1 September (Khamis) - Cuti ganti untuk Hari Kebangsaan

2 September (Jumaat) - Cuti ganti untuk Hari Raya jika Hari Raya pertama jatuh pada 31 Ogos 2011

16 September (Jumaat) - Hari Penubuhan Malaysia

26 Oktober (Rabu) - Deepavali

6 November (Ahad) - Hari Raya Qurban

27 November (Ahad) - Awal Muharam

25 Disember (Ahad) - Krismas




Terma dan Syarat


  1. Check-in pada 1.30 tengah hari. Check-out pada 12.00 tengah hari. Tetapi jika tiada tempahan pada hari sebelumnya atau selepasnya, anda dibenarkan masuk awal dan keluar lewat dari waktu yang telah ditetapkan.
  2. Bayaran adalah secara TUNAI sahaja. Deposit RM 100 untuk 1 malam, RM 200 untuk 2 malam dan seterusnya hendaklah di bank-in kan ke dalam akaun MAYBANK 101115043284 atau CIMB 01120061770528.
  3. Sebarang pembatalan tempahan hendaklah dibuat seminggu awal. Jika tidak, deposit anda tidak akan dikembalikan.
  4. Sebarang pertanyaan bolehlah di emelkan kepada perkasahomestay@yahoo.com atau hubungi 012-2812745 (tel atau sms).

                        

Accommodation


Ruang Tamu yang luas dan selesa


Ruang Dapur


Bilik Tidur Utama berserta bilik air




Ruang Bilik ke-2 dan ke-3 yang luas




Bilik Air


Lokasi

Homestay Perkasa terletak 55km dari Tol Tangkak (PLUS), 40km dari Gunung Ledang dan 1km dari bandar Segamat. Terdapat banyak kedai, fastfood (KFC, McDonald's,Pizza Hut dan Marry Brown), bank, stesen minyak dan pasaraya berdekatan.

No.7, Jalan Perkasa,
Taman Perkasa,
85000 Segamat,
Johor.
emel : perkasahomestay@yahoo.com
tel     : 012-2812745

TQ.

Pengenalan




Selamat Datang ke Homestay Perkasa
Segamat, Johor

Anda merancang percutian ke Segamat? Mungkin menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, menziarahi sanak saudara atau apa sahaja tujuan anda pastinya anda tercari-cari tempat penginapan yang selesa dan murah. Di samping dapat memuatkan ramai orang. Homestay Perkasa adalah tempat yang sesuai untuk anda bersantai dan beristirehat seisi keluarga.

Rumah teres 1 tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti TV, peti sejuk dan peralatan memasak. Ia boleh memuatkan 10-15 orang dalam satu-satu masa. Rumah yang bersih dan luas pastinya akan menjadi pilihan anda.


Lokasi yang strategik, berdekatan dengan bandar akan memudahkan anda untuk ke kedai makan, klinik, masjid, pasaraya, 7-eleven dan restoran-restoran makanan segera. Dengan hanya 5 minit pemanduan anda boleh ke pusat bandar. Bandar Segamat terkenal dengan "Jakel" (pusat jualan kain pasang). Tidak ketinggalan "Durian Segamat" dan "Ikan Baung Masak Lemak Cili Api".

Di Segamat juga terdapat beberapa Pusat Pengajian Tinggi. Antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM Kampus Segamat), Kolej Komuniti, Kolej Jururawat dan Kolej Tunku Abdul Rahman Segamat. Jarak pemanduan dari Homestay Perkasa adalah lebih kurang 20 minit. 

Homestay Perkasa Segamat, Johor adalah "Budget Homestay" yang sesuai untuk anda dan keluarga..