Monday 9 July 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum wbt,

Di kesemapatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang telah sudi mengunjungi Perkasa Homestay, Segamat. Terima kasih juga kepada yang telah membuat tempahan awal. Saya memohon maaf jika ada kekurangan dan saya berusaha memperbaikinya dari semasa ke semasa.

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Sunday 26 February 2012

Selamat Datang dan Terima Kasih!

Assalamualaikum w.b.t,

Homestay Perkasa mengucapkan SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH kepada pengunjung dan bakal pengunjung yang telah membuat tempahan awal. Kami amat berbesar hati menerima kunjungan anda ke homestay kami. Semoga kita bertemu lagi di masa-masa akan datang. Selamat kembali kepada pelajar2 UiTM dan Selamat Datang kepada pelajar baru!!

Tuesday 27 December 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum..

Syukur al-Hamdulillah tahun 2011 dilalui dengan jayanya..Dan dalam masa beberapa hari lagi untuk menempuh tahun 2012,mari kita sama-sama berdoa agar kita terselamat dari segala bencana bagi hari-hari yang kita lalui dan mendatang. Insya Allah...

Semoga kita akan lebih berjaya mencapai azam-azam yang dah di'list'kan dan semoga negara kita Malaysia akan lebih berjaya dan makmur. Selamat Menyambut Tahun 2012! Selamat kembali ke sekolah!

Wednesday 9 November 2011

Selamat Pengantin Baru!

Assalamualaikum w.b.t.

Cuti sekolah dah semakin dekat. Itu menandakan banyak majlis walimatul urus akan dilangsungkan. Bagi pihak Perkasa Homestay kami mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru! Terima kasih kepada yang sudi mengundang dan menjadikan Perkasa Homestay sebagai tempat penginapan. Kami sedaya upaya akan memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir.

Tak lupa juga kepada pelajar2 UiTM Segamat yang akan mendaftar pada 16 Nov 2011. Tahniah diucapkan.

Semoga perjalanan anda selamat dan kami mengucapkan Selamat Datang Ke Segamat!

Tuesday 13 September 2011

Terima Kasih & Tahniah!

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Sepanjang musim cuti hari raya yang lalu, ramai pengunjung datang ke Perkasa Homestay sama ada untuk majlis nikah, perkahwinan, melawat sanak saudara dan ramai juga yang menghantar anak-anak daftar masuk ke UiTM Segamat.

Pihak kami telah berbesar hati menaik tarafkan keselesaan homestay agar para pengunjung kami rasa lebih seperti berada di rumah sendiri. Kami memgucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada anak-anak yang dapat melanjutkan pelajaran.


Salam berjumpa lagi!

Wednesday 3 August 2011

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak!

Semoga kita mendapat keberkatan dariNya. Dan semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna dari tahun-tahun yang berlalu.