Tuesday 7 June 2011

Pengenalan




Selamat Datang ke Homestay Perkasa
Segamat, Johor

Anda merancang percutian ke Segamat? Mungkin menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, menziarahi sanak saudara atau apa sahaja tujuan anda pastinya anda tercari-cari tempat penginapan yang selesa dan murah. Di samping dapat memuatkan ramai orang. Homestay Perkasa adalah tempat yang sesuai untuk anda bersantai dan beristirehat seisi keluarga.

Rumah teres 1 tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti TV, peti sejuk dan peralatan memasak. Ia boleh memuatkan 10-15 orang dalam satu-satu masa. Rumah yang bersih dan luas pastinya akan menjadi pilihan anda.


Lokasi yang strategik, berdekatan dengan bandar akan memudahkan anda untuk ke kedai makan, klinik, masjid, pasaraya, 7-eleven dan restoran-restoran makanan segera. Dengan hanya 5 minit pemanduan anda boleh ke pusat bandar. Bandar Segamat terkenal dengan "Jakel" (pusat jualan kain pasang). Tidak ketinggalan "Durian Segamat" dan "Ikan Baung Masak Lemak Cili Api".

Di Segamat juga terdapat beberapa Pusat Pengajian Tinggi. Antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM Kampus Segamat), Kolej Komuniti, Kolej Jururawat dan Kolej Tunku Abdul Rahman Segamat. Jarak pemanduan dari Homestay Perkasa adalah lebih kurang 20 minit. 

Homestay Perkasa Segamat, Johor adalah "Budget Homestay" yang sesuai untuk anda dan keluarga..


6 comments:

  1. Durian Segamat dh musim ke sekarang? Boleh gak turun Segamat. Pekena durian IOI

    ReplyDelete
  2. Musim dah nak start.tp kalau bulan 7 lg meriah..mcm2 jenis durian ada.tp 101 aka IOI tu mmg kena try. dan jgn lupa try "kepala kera" sekali!

    ReplyDelete
  3. What a sensational blog! This blog is too much amazing in all aspects. Especially, it looks awesome and the content available on it is utmost qualitative. Perkasa99

    ReplyDelete